INFO SEMASA

Mulai 1 Mac 2022, surat kelulusan Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen bagi permohonan tahun 2022 dan ke atas hendaklah dicetak sendiri oleh Pengurus Sumber Manusia dan Pegawai.



Urusan Pengesahan Pelantikan (LR), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dan Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP):
(a) Semakan adalah bagi permohonan yang diterima mulai tahun 2020 dan ke atas.
(b) Cetakan adalah bagi permohonan yang diterima mulai tahun 2022 dan ke atas.



Semakan urusan Penentuan Gaji Permulaan (PGM) bagi pengalaman Swasta, Tentera dan Kontrak yang diterima mulai 2021 dan ke atas.



Perhatian : Pengurus Sumber Manusia dan Pegawai

Pengurus Sumber Manusia hendaklah memaklumkan kelulusan setiap urusan perkhidmatan oleh Suruhanjaya kepada Pegawai dan merekodkan kelulusan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan Pegawai.



Pegawai hendaklah memastikan kelulusan setiap urusan perkhidmatan diambil maklum oleh Pengurus Sumber Manusia dan direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.

Sistem Semakan Urusan Perkhidmatan SPA

Sistem Semakan
Urusan Perkhidmatan SPA




Hakcipta Terpelihara © 2020
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Sebarang pertanyaan dan aduan
SISPAA SPA